Wednesday, 29 October 2014

Sudoku


Permainan Sudoku

       Aktiviti permainan Sudoku telah diadakan pada perjumpaan mingguan kokurikulum yang ke 5. Ahli- ahli telah diberi lampiran kertas Sudoku yang mudah untuk diselesaikan terlebih dahulu. 



     Ahli diberi penerangan tentang cara bermain dan peraturan bermain Sudoku. Seterusnya, ahli diberi lampiran yang sederhana sukar dan seterusnya sukar untuk diselesaikan. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda ahli dalam mengenalpasti nombor yang ketinggalan malah menyeronokkan ahli bagi mendapatkan jawapan.

PENGENALAN

Rasional 


      Sains dan matematik merupakan mata pelajaran yang agak sukar dan berat bagi kebanyakan pihak. Dengan adanya aktiviti kokurikulum, diharapkan pembelajaran akan lebih berkesan kerana dapat menarik minat pelajar dan pengalaman melakukan setiap aktiviti dapat memberi keseronokan secara tidak langsung. 


Objektif 



  • memupuk semangat daya saing antara pelajar dalam bidang sains dan matematik.
  • meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Sains dan Matematik.
  • menyedarkan pelajar bahawa Sains dan Matematik merupakan mata pelajaran yang menyeronokkan di samping mencabar minda.
  • meningkatkan pencapaian akademik bagi matapelajaran Sains dan Matematik.

Perancangan Aktiviti Tahun 2014

BIL
TARIKH/
BULAN
AKTIVITI
TINDAKAN
1.
JANUARI 2014
Mesyuarat Agung Kokurikulum
-          Pendaftaran Ahli Baru
-          Pelantikan AJK Sesi 2014
-          Merancang Aktiviti Tahunan
Guru Penasihat & Murid-murid
2.
FEBUARI 2014
Merentas Desa
Guru Penasihat & Murid-murid
3.

Pertandingan Mencipta Logo Kelab Sains dan Matematik

Guru Penasihat & Murid-murid
4.
MAC 2014

Pengurusan Taman Herba
        -      Kepentingan Herba
-          Gotong- royong

Guru Penasihat & Murid-murid
5.
APRIL 2014

Permainan Sodoku:
-          Cara bermain
-          Peraturan permainan
-          Cara pengadilan

Guru Penasihat & Murid-murid
6.
MEI 2014

Program “Untukmu Yang tersayang”:
-          Mereka kad ucapan dengan menerapkan unsur matematik dan sains
Guru Penasihat & Murid-murid
8.
JUN 2014
Raptai Kejohanan Sukan Tahunan
Guru Penasihat & Murid-murid
9.
Kejohanan Sukan Tahunan
Guru Penasihat & Murid-murid

10.

JULAI 2014

Program 1M 1S

Guru Penasihat & Murid-murid
11.
OGOS 2014

Ambang Merdeka :
-          Melukis poster kemerdekaan
-          Mereka sajak kemerdekaan
Guru Penasihat & Murid-murid
12.
SEPT 2014
Pembinaan “Balloon Car”
Guru Penasihat & Murid-murid
13.
OKTOBER 2014
Perkhemahan Unit Beruniform
Guru Penasihat & Murid-murid
14.
NOV 2014

Penghantaran:
Laporan Aktiviti Tahun 2014
Perancangan Aktiviti Tahun 2015

Guru Penasihat & Murid-murid
PROGRAM KIDS' LAB 2014

    Pada 13 Oktober 2014 (Isnin), ahli- ahli kelab Sains dan Matematik telah dijemput oleh syarikat BASF (Malaysia) Sdn Bhd bagi menghadiri Program Kids' Lab 2014 yang diadakan di Empire Gallery Shopping Mall. 

    Objektif lawatan ini adalah salah satu usaha memberi sumbangan ke arah pembentukan pemimpin masa hadapan di samping memupuk pemikiran inovatif melalui pembelajaran yang menyeronokkan dengan mendekati serta berkongsi keajaiban kimia bersama murid sekolah rendah.







Ahli Jawatankuasa Induk