Permainan Sudoku
Aktiviti permainan Sudoku telah diadakan pada perjumpaan mingguan kokurikulum yang ke 5. Ahli- ahli telah diberi lampiran kertas Sudoku yang mudah untuk diselesaikan terlebih dahulu.
Ahli diberi penerangan tentang cara bermain dan peraturan bermain Sudoku. Seterusnya, ahli diberi lampiran yang sederhana sukar dan seterusnya sukar untuk diselesaikan. Aktiviti ini bukan sahaja mencabar minda ahli dalam mengenalpasti nombor yang ketinggalan malah menyeronokkan ahli bagi mendapatkan jawapan.